Instant Messenger | Live Chat
Welcome Guest Login or Signup | Settings | Log Out

Dermarian.com ditubuhkan pada Januari 2005 dengan inisiatif untuk membina sebuah komuniti maya untuk pelajar SMK Derma Kangar, Perlis Indera Kayangan. Dermarian.com bukanlah sebuah laman web rasmi sekolah tetapi sekadar laman web yang mengumpulkan warga SMK Derma untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu pengetahuan.

Apa Itu Dermarians' Space?

Dermarians' Space atau singkatannya, dSpace diwujudkan untuk memudahkan warga SMK Derma untuk saling mengenali melalui 'page' rasmi mereka. Diharap usaha ini akan mewujudkan satu rangkaian persahabatan yang luas dan tidak terbatas. Dengan menggunakan trend ini, para user dSpace dapat tambah rakan, komen rakan serta meletakkan gambar-gambar mereka untuk tatapan user-user lain.

Kenapa Dermarians' Space?

dSpace sememangnya dibangunkan oleh bekas pelajar SMK Derma sendiri dan memudahkan para user untuk menghubungi pihak pentadbir sekiranya berlaku masalah. Komuniti ini diwujudkan untuk mengekalkan hubungan persahabatan antara para pelajar dan bekas pelajar SMK Derma. Anda masih lagi boleh menghubungi rakan anda yang berada di luar negara untuk melanjutkan pelajaran sekiranya mereka berdaftar di sini. Sudah tentu anda akan sentiasa connected dengan rakan anda.

Apakah tujuan Dermarians' Space dibangunkan?

dSpace dibangunkan untuk memenuhi permintaan para pelajar SMK Derma yang kini aktif dalam dunia internet. Mereka masih boleh berhubung melalui kemudahan yang disediakan di komuniti ini dan dapat mengenali 'senior' dan 'junior' yang pernah dan sedang bersekolah di SMK Derma.

Sebarang komen atau pendapat bolehlah dihantar ke admin@dermarian.com



© 2005-2009 Dermarian.com, All Right Reserved. Powered by Reflector Studio.