Salam.
Saya tergerak untuk membuat peringatan ini kerana baru-baru ini ada pihak atau individu yang telah melancarkan serangan terhadap Dermarian.com. Walaupun saya rasakan yang bentuk serangan ini adalah kecil dan tidak berbahaya, namun saya berasa kesal dengan tindakan individu ini.
Walaupun niat untuk menegur tentang gambar yang diupload tidak bersesuaian, namun caranya yang tidak beradab mencacatkan niat murninya. Saya di sini sedia menerima aduan daripada orang ramai, tapi biarlah dengan cara yang bersesuaian.
Kepada uploaders, saya di sini memohon agar anda tidak mengupload gambar yang tidak bersesuaian dengan suasana komuniti Dermarian.com kerana laman ini bukan sahaja disertai oleh junior SMK Derma malah turut disertai oleh para senior yang tujuannya untuk mencari sahabat lama.
Besarlah harapan saya agar semua user Dermarian.com dapat menjaga tingkahlaku anda dan tidak bertindak secara keterlaluan.
Kepada individu tersebut, saya masih menanti kehadiran anda dengan cara yang penuh beradab dan saya akan mendengar apakah masalah yang tersimpan di dalam kotak fikiran anda untuk saya perbetulkan kesilapan di dalam proses pentadbiran Dermarian.com.
Sekian sahaja untuk kali ini. Salam.
Tags: jaga tingkahlaku